Waktu Operasi

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (8am - 10.30pm)

Terma & Syarat

  • Penyewa Kenderaan
      1. Penyewa mestilah berumur 21 tahun ke atas.
      2. Semua pemandu wajib memegang Lesen Memandu Kelas D Malaysia yang sah dan terkini.
      3. Pemalsuan dari segi identiti dan maklumat yang diberikan akan dikenakan tindakan undang-undang.
      4. Tidak dibenarkan menukar pemandu tanpa kebenaran syarikat.
  • Pematuhan Undang-undang
      1. Penyewa tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang Malaysia.
      2. Sila patuhi had laju yang dibenarkan sepanjang tempoh sewaan. Sekiranya didapati memandu laju, pihak syarikat berhak menahan deposit yang dibayar sepanjang tempoh semakan saman.
  • Caj Kerosakan
      1. Sebarang kerosakan dalaman atau luaran akan dikenakan mengikut tahap kerosakan.
      2. Semua kerosakan yang berlaku dalam tempoh sewaan adalah tanggungjawab penyewa, sama ada atas kesalahan sendiri atau pihak ketiga.
      3. Bagi kemalangan kecil yang kos pembaikan adalah rendah, penyewa perlu membayar dalam bentuk tunai dan memastikan kereta tersebut dapat diperbaiki dalam tempoh kurang 3 hari.
      4. Excess fee (RM2500-RM5000) mengikut kelas kenderaan akan dikenakan sekiranya kenderaan mengalami kemalangan teruk yang kos pembaikan adalah tinggi dan memerlukan tuntutan insurans.
      5. Pelanggan hendaklah membeli “Collision Damage Waiver” untuk mendapat perlindungan insurans penuh sepanjang tempoh sewaan, dengan membayar 15% tambahan daripada jumlah kos penyewaan.
      6. Sila ambil gambar setiap sudut kenderaan yang disewa semasa menerima kenderaan tersebut.
  • Tindakan Undang-undang
      1. Syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis terhadap penyewa yang melanggar terma dan syarat.
      2. Syarikat berhak senarai hitam/ CTOS pelanggan yang tidak menjelaskan segala bentuk pembayaran yang tertunggak.
  • Larangan Menukar Bahagian Kenderaan
      1. Menukar atau mengambil sebarang bahagian kenderaan sewaan adalah tidak dibenarkan. 
      2. Sekiranya didapati bersalah, syarikat tidak teragak-agak melaporkan kepada pihak berkuasa.
  • Tanggungjawab Denda/Penalti
      1. Sebarang denda oleh pihak berkuasa trafik/parkir semasa tempoh sewakan adalah tanggungjawab penyewa/pemandu.
  • Sekuriti Deposit Kenderaan
      1. RM100 untuk kereta kompak. (Axia, Myvi, Saga)
      2. RM300 untuk Hyundai Starex/Vellfire/Staria/Hiace/Hilux.
      3. RM500 untuk Toyota Alphard
  • Pengesahan Tempahan
      1. Tempahan hanya disahkan setelah syarikat menerima deposit.
      2. Pembatalan atau pengurangan tempoh sewaan selepas menerima tempahan akan menyebabkan deposit burn.
      3. E-invoice akan diberikan sekiranya diperlukan oleh pelanggan
  • Pemulangan Deposit
      1. Deposit akan dikembalikan selepas kenderaan dipulangkan sekiranya kenderaan yang disewa tidak mengalami sebarang bentuk kerosakan fizikal.
  • Kegunaan kenderaan
    1. Dilarang menggunakan kenderaan yang disewa dalam segala bentuk perlumbaaan, off-road, penyewaan semula kepada pihak ketiga tanpa kebenaran syarikat.
  • Sambungan Tempoh Sewaan
      1. Sebarang sambungan tempoh sewaan mesti dimaklumkan kepada pihak syarikat lebih awal untuk mengelakkan pertembungan jadual.
    1. Penghantaran Kenderaan
      1. Percuma dalam kawasan berdekatan Seksyen 7 Shah Alam.
      2. Caj penghantaran akan dikenakan untuk lokasi di luar Shah Alam berdasarkan jarak.
  • Kos Penghantaran MPV
      1. Khidmat penghantaran MPV, 4×4 & Van ke luar Shah Alam dikenakan caj RM100 untuk sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
  • Had Perjalanan
    1. Kenderaan sewaan tidak dibenarkan digunakan di luar destinasi atau perjanjian sewaan.
    2. Limit perbatuan untuk kegunaan sehari adalah 400KM
    3. Sila maklumkan kepada pihak syarikat sekiranya ingin mengubah destinasi sewaan.
Scroll to Top