Al Fathonah Travel & Tours

Kami menyediakan khidmat sewaan kereta sewa kompak, MPV mewah & premium seperti Alphard & Vellfire di sekitar Lembah Klang Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

Kami juga menyediakan 4×4 Hilux, Van Hiace dan bas persiaran untuk kegunaan pelanggan kami.

Syarikat yang berlesen di bawah MOTAC.

Mengenai Al Fathonah

Al Fathonah Travel & Tours Sdn Bhd ialah sebuah syarikat pengangkutan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang profesional, selamat, dan mesra pelanggan kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Visi Syarikat

Menjadi peneraju dalam industri pengangkutan pelancongan yang dipercayai dan berkualiti di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

Misi Syarikat

1. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang profesional, selamat serta mesra pelanggan.

2. Menjaga dan memastikan semua kenderaan kami berada dalam keadaan terbaik menerusi penyelenggaraan berkala.

3. Menawarkan khidmat pemandu bertauliah dan sistem sokongan bantuan sepanjang masa.

4. Menjalin hubungan kerjasama dengan rakan tempatan dan antarabangsa.

Al Fathonah Pilihan Utama Anda

Dengan pengalaman hampir 10 tahun dan merupakan syarikat yang berdaftar dengan MOTAC, Al Fathonah telah menjadi antara pilihan utama untuk kereta sewa kompak, kereta sewa premium & mpv mewah serta bas persiaran

Pemandu Berpengalaman & Bartauliah

Setiap pemandu kami memiliki lesen PSV yang sah dan telah menerima latihan yang khusus sebagai pemandu.

Diselenggara Berkala

Setiap kenderaan diselengara secara berkala di pusat servis yang bertauliah. demi memastikan setiap kenderaan kami berada dalam keadaan yang terbaik

Bantuan Kecemasan

Sekiranya kenderaan anda rosak, kami mempunyai pasukan yang bersiap sedia 24 jam seluruh Malaysia.

Hantar Ke Rumah

Kami menyediakan servis penghantaran kereta sewa ke rumah untuk MPV sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. (Terma dan syarat).

Berdaftar Dengan MOTAC

Syarikat kami mempunyai Lesen operasi yang sah daripada Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC).

Berdaftar Dengan MOF

Kami menerima tender dan sebut harga melalui sistem e-perolehan.

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan khidmat yang menyeluruh dengan julat kenderaan yang pelbagai meliputi semua keperluan pelanggan.

Pelanggan Kami

Kami berbangga kerana telah memberikan perkhidmatan kepada pelbagai organisasi dan agensi berikut:

Rakan Antarabangsa Kami

Kami menjalinkan kerjasama strategik dengan AL HIJRAH LTD., PART. dari Thailand – penyedia perkhidmatan pelancongan, visa, tiket dan pengangkutan antarabangsa. Kerjasama ini membolehkan kami menawarkan pakej menyeluruh kepada pelanggan dari Malaysia dan luar negara.

Mod Pembayaran

Kami menerima pembayaran secara atas talian dan juga melalui e-perolehan.

1. Pemindahan dalam talian (Online transfer)

Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan internet dari mana-mana bank tempatan. Maklumat akaun syarikat disertakan didalam invois rasmi.

2. e-Perolehan (eP)

Syarikat kami berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan menerima kaedah pembayaran rasmi bagi agensi kerajaan melalui e-Perolehan.

Berhubung dengan kami

Anda mempunyai persoalan lanjut mengenai khidmat yang kami tawarkan serta kadar harga kami? Berhubung dengan kami sekarang.

Al Fathonah Travel & Tours Sdn Bhd

Scroll to Top